Sunday, 17 January 2016

Cara Urut Bagi Pasangan Mandul

Cara Urut Bagi Pasangan Mandul
Tanpa mengenal jemu setiap pasangan yang kepingan anak serta zuriat bagi pengerat hubungan antara suami isteri. Kesinambungan dari ini,  mereka perlu berusaha dan berikhtiar untuk dapat anak.

Setiap mereka yang belum lagi mendapat anak di galakkan berusaha dan berdoa.

Bagaimana pun, ini adalah ketentuan Allah. Mereke perlu mempunyai kesabaran dimana ia adalah kunci utama bagi mereka yang mempunyai masalah kesuburan ini atau lebih tepat Mandul.



Sel penetasan benih yang tidak menjadi apabila bercantum antara sel telor dan sperma lelaki tidak menjadi. Ini perlu di beri perhatian oleh pasangan tersebut dengan berikhtiar cara Urutan dan cara pemakanan yang betul.

CARA URUT
1. Pertama sekali mulakan sentuhan tubuh pesakit dengan Bismillah 5x dan membaca doa dari ayat surah Al Anfal Ayat 9. Mula dengan urutan di sekitar kawasan belikat.Gunakan minyak URUT BEKAM urut perlahan lahan di sebelah kanan dan kiri dan tulang belakang.Gunakan teknik urutan selari dari pinggang ke bahu

2. Kedua, Dengan mengunakan ibu jari urut di seluruh kawasan pinggang dan lakukan urutan dibahagian ini berulang ulang kali hingga urat urat yang menegang di sekitar pinggang ini kendur dan lembut.Setiap urutan perlu di zikirkan dengan surah ayat di atas dan berterusan zikir nya.

Teruskan urut ke bahagian punggung terutama kawasan tengah dan luar punggung.Setiap tempat urutan pusingan radius 2-3 inci selama 5 hingga 10 minit.Sambil berminyak terus urutan membawa ke arah betis di sebelah dalam terutama kawasan anggaran empat jari atas buku lali.Juga jangan lupa urut kawasan luar betis empat jari bawah tempurung lutut sebelah luar.

Cara cara urutan memulihkan kemandulan dan kesuburan genetik ini perlu di lakukan berulang ulang kali dengan sabar oleh pasangan terbabit.

InsyaAllah usaha anda akan berhasil.Pasangan mesti banyak bersedekah harian dan berdoa lah agar mendapat zuriat.

Cara  urut untuk isteri yang belum mempunyai anak : https://www.youtube.com/watch?v=LuQo2x1zx_c

0 comments:

Post a comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...