Friday, 15 January 2016

Cara Urutan Sakit Kepala

CARA URUT UNTUK SAKIT KEPALA

Terdapat banyak keadaan yang menyebabkan sakit kepala.
a.Kurang Tidur
b.Makan berlebihan
c.Tekanan perasaan
d.Deman
e.Tersalah makan
f.Penyakit Angin dalam badan ,Angin segah,Angin Sendi,Angin Meroyan,Angin Pasang surut,Angin Urat
g.Darah Tinggi serta ada beberapa factor lain yang mempengaruhi keadaan sakit kepala berlaku.

CARA URUT

• LANGKAH PERTAMA: Membaca Bismillah 5 dan Selawat akan Rasul.
Cari urat di bahagian leher,tengkuk dan usapan urut perlahan dengan basahi tempah urut dengan minyak Urut Bekam

• LANGKAH KEDUA:Suruh pesakit tunduk sedikit dan lakukan Urutan dari belakang kearah leher dan terus ke belakang telinga hingga ke puncak kepala 11 kali berturut turut pelahan lahan dengan tekanan mantap kuasa 30/40

• LANGKAH KETIGA:Urut dari bahagian leher membawa kearah bahu 11 kali berturut turut atau semahu pesakit.

• LANGKAH EMPAT:Urut dan Ramas bahagian kepala dari belakang ke depan dan ulangi sebalik nya dari depan ke belakang 11 kali atau semahu pesakit.

• LANGKAH KELIMA: Cekak rambut pesakit @ Simpulkan rambut pesakit dan tarik sebanyak 3 kali berturut turut dengan tekanan 10/20 setiap kali sentap di iringi dengan selawat akan nabi.

ULANGI CARA URUT LANGKAH PERTAMA HINGGA KELIMA ...3KALI BERTURUT

0 comments:

Post a comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...